Quantcast
Channel: Pengurus-Harta.Com » Financial Planning
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20

Persatuan Perancang Kewangan Bumiputera (Bumiputera Association of Financial Planners)

$
0
0

Apa itu Perancangan Kewangan ?

  • Mencipta sasaran kewangan : apa keadaan kewangan yang dikehendaki pada masa hadapan.
  • Menganalisis keadaan kewangan sekarang : apa status kewangan , pendapatan, belanja, aset dan hutang yang ada sekarang.
  • Mengatur strategi : Mencipta strategi yang sesuai untuk mencapai sasaran kewangan.
  • Pengurusan kewangan : Menilai pencapaian strategi yang digunakan, kalau terdapat masalah, strategi akan dibetulkan atau ditukar.

Siapa itu Perancang Kewangan ?

  • Orang yang membuat Perancangan Kewangan untuk orang ramai.
  • Memegang lesen untuk menjadi Perancang Kewangan.
  • Pihak yang bebas, tidak terikat dengan pihak bank, syarikat insurans dan syarikat pelaburan.
  • Perancang Kewangan hanya bertindak untuk kepentingan klien saja.
  • Tidak menjual produk, tidak mendapat komisyen.
  • Pendapatannya hanya daripada Yuran Tetap yang dibayar oleh klien.

Bidang / Servis yang diberi oleh Perancang Kewangan :

  • Nasihat pelaburan
  • Nasihat tentang perbelanjaan peribadi
  • Nasihat tentang pengurusan hutang
  • Nasihat tentang cukai
  • Nasihat tentang insurans am, insurans nyawa, dan takaful.
  • Pengurusan harta, wasiat, hibah dan faraid.
  • Pengurusan simpanan untuk hari tua.
  • Pengurusan simpanan untuk pendidikan anak-anak.

Masa Depan untuk kerjaya Perancang Kewangan :

  • Klien tidak terhad : Pelanggan daripada individu yang bergaji kepada syarikat; semua peringkat masyarakat perlu merancang kewangan.
  • Semua orang masih tidak tahu tentang Perancangan / Pengurusan Kewangan.
  • Hanya ada sedikit Perancangan Kewangan di Malaysia iaitu 300 sahaja; walapun rakyat hampir 30 juta.
  • Orang ramai hanya bergantung kepada jurujual bank, agen insurans, agen unit trust untuk nasihat kewangan; walaupun jurujual bertindak untuk kepentingan bank / syarikat mereka sahaja.

Masalah dalam kerjaya Perancang Kewangan :

  • Banyak badan yang mengeluarkan lesen :
  1. Insurans – Lesen oleh Bank Negara (untuk Perancang Kewangan) ; Malaysian Institute of Insurance (untuk Agen Insurans)
  2. Jual-beli saham – Lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti. Setiap aktiviti memerlukan lesen yang berbeza (ada 20 lesen yang berbeza termasuk broker)
  3. Unit Trust – Agen unit trust (FMUTM dan FIMM) , perunding bebas CUTA (Suruhanjaya Sekuriti & FMUTM)
  4. Agen cukai – MATA atau CTIM
  • Modal yang terlalu besar :
  1.                     i.            Insurans – Mesti menubuhkan syarikat , dan modal berbayar mesti RM100,000. Mesti ada Professional Indemnity Insurance bernilai RM200,000.
  2.                   ii.            Jual-beli saham – Mesti menubuhkan syarikat, modal berbayar RM100,000 (untuk perancang kewangan di bawah Capital Market Service License), jika bukan syarikat RM50,000.
  3.                 iii.            Unit Trust – Perunding bebas CUTA , menubuhkan syarikat, modal berbayar RM100,000. Mesti ada Professional Indemnity Insurance bernilai RM200,000. Yuran masuk RM2,000 dan yuran tahunan RM500. Cuma ada 7 CUTA di Malaysia.
  • Pengalaman               i.            Jual-beli saham – 8 tahun pengalaman             ii.            Cukai – sekurang-kurangnya 5 tahun

Perancang Kewangan Bumiputera

  1. Hanya ada dalam 300 Perancang Kewangan di Malaysia (Hampir semua berbangsa Cina)
  2. Hanya ada beberapa Perancang Kewangan bumiputera yang aktif.
  3. Jika ada sekalipun, Perancang Kewangan Bumiputera yang ada semuanya hanyalah Agen Insurans yang hanya mengambil komisyen daripada produk yang dijual.

Halangan untuk Bumiputera :

  • Modal yang besar (RM100,000 untuk Perancang Kewangan insurans dan RM50,000 untuk Perancang Kewangan individu, RM100,000 untuk Perancang Kewangan Amanah Saham)
  • Pengalaman(8 tahun untuk Suruhanjaya Sekuriti)
    • mustahil untuk Bumiputera mencari pengalaman kerja berkaitan Perancang Kewangan sebanyak 8 tahun.
    • Syarikat – Untuk Insurans, Penasihat Kewangan di bawah Bank Negara mesti menubuhkan syarikat.
    • Terikat – Sudah banyak Bumiputera dalam perkhidmatan kewangan, tapi semuanya terikat.

-          Tidak bertindak atas kepentingan klien tetapi hanya menjual produk saja

  • Pekerja bank yang menjual produk untuk majikan mereka (bank)
  • Setiap agen insurans terikat dengan satu syarikat insurans nyawa
  • Setiap Perunding Unit Trust terikat dengan satu syarikat unit trust.
  • Remisier / broker terikat dengan majikan mereka
  • Tiada layanan instimewa
    • Malaysian Financial Planning Council (MFPC), Certified Financial Planner (CFP), Chartered Financial Consultant (ChFC) – langsung tiada program istimewa untuk menggalakkan Bumiputera menjadi Perancang Kewangan.
    • Tetapi banyak program untuk menarik Bumiputera menjadi jurujual insurans, unit trust, dan pinjaman bank, serta menjadi broker.
    • Tiada badan profesional / persatuan khas untuk Bumiputera
      • Jika Perancang Kewangan Bumiputera mahu bekerjasama secara terus dengan pihak bank, syarikat unit trust, atau insurans, dia hanya seorang diri tanpa sokongan badan-badan yang kuat.
      • Tiada siapa yang memantau keadaan dan menggalakkan Perancang Kewangan Bumiputera.
      • Tiada platform untuk Perancang Kewangan Bumiputera bertemu dan bertukar-tukar fikiran.
      • Tiada Majikan khusus untuk bekerja
        • Jika akauntan, auditor dan agen cukai mahu mendapatkan pengalam praktikal untuk mendapatkan tauliah, mereka boleh bekerja dengan firma perakaunan, audit atau percukaian.
        • Jika graduan universiti mahu menceburi kerjaya Perancang Kewangan, mereka terpaksa mengikat diri mereka sebagai penjual produk untuk satu syarikat insurans, pelaburan atau bank.

Badan / Persatuan :

  • Perlu ada satu badan atau persatuan khusus untuk Perancang Kewangan Bumiputera.
  • Memberi maklumat dan pengetahuan terkini dalam bidang perancangan kewangan kepada ahli.
  • Tempat aduan dan penerima cadangan daripada ahli.
  • Orang tengah antara Perancang Kewangan Bumiputera dengan pihak kerajaan.
  • Membantu ahli-ahli mendapatkan peluang perniagaan.
  • Mempromosikan kerjaya perancang kewangan kepada Bumiputera terutamanya graduan universiti.
  • Melobi pihak kerajaan agar meringankan peraturan dalam modal dan pengalaman mandatori untuk membuka perniagaan dalam perancangan kewangan.

Tidak bertindih dengan undang-undang lain

  • Perangan kewangan ialah satu bidang perkhidmatan
  • Lesen menjadi agen atau broker untuk menjual produk kewangan tertakluk kepada peraturan tertentu sejak sekian lama
  • Perancang Kewangan bukan bidang penjualan produk , peraturan dalam bidang ini baru saja digubal, belum terbukti keberkesanan atau kebaikan lagi
  • Bidang perancangan kewangan sepatutnya digalakkan, dengan cara meringankan peraturan berkaitan modal dan pengalaman, 2 perkara ini amat mustahil dipenuhi.
  • Jika kerajaan mahu menjaga profesionalisme dalam kerjaya perancangan kewangan, sepatutnya kerajaan mengetatkan kelayakan akademik minimum untuk menjadi Perancangan Kewangan.
  • Kelayakan akademik mampu dicapai oleh sesiapa dengan usaha.
  • Tambahan pula, kelayakan akademik yang lebih tinggi akan meningkatkan pengetahuan Perancang Kewangan.
  • Jangkamasa 8 tahun atau modal berbayar RM50,00 adalah terlalu sukar dicapai dan ini membunuh hasrat sesiapa yang berminat menjadi Perancang Kewangan.

Filed under: Financial Planning

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20

Trending Articles